Wednesday, January 26, 2011

Sukarnya Untuk Menerima Kegagalan...

Tahun nie sepatutnya aku menjalani latihan industri di Muar... Dimana dekat dengan emak, abah serta keluarga... Tp begitu la setelah berjaya menjalani setiap peperiksaan tanpa kegagalan... Akhirnya aku diuji... Kegagalan pada saat akhir memang menyakitkan dan tamparan besar dalam hidup aku....... Hari itu terasa tersangatlah gelap dunia nie... Malu untuk berhadapan dengan kawanx2 yg bertanya... Nak bagi tau emak... Em...

Aku masih ingat malam tu hari Jumaat 10 Disember... Aku xdapat bukak portal UiTM disebabkan Laptop aku rosak jadi member aku Nia yang tolong check kn result tu... Tbex2 die sruh call cpt katanya Urgent!!! Rase sedih bila dengar berita tu... 1 malam aku menangis... Bersalah pada mak.... Mak dah tahu tp aku xtahu ape perasaan mak masa tu.... Esknya aku mula memujuk hati aku.... Mak pn turut memujuk ak, mak cakap kita seolahx2 sdg berlari utk tiba ke garisan penamat tapi tbex2 kaki tersandung dan jatuh.... Aku bangkit... Sampai bila harus aku bersedih......

Agak ramai yang gagal tu, dan aku pulang semula ke Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) utk memohon rayuan meneruskan praktikal dan memohon semakan semula.....

Aku membuka lembaran dalam kehidupanku... Itulah hidup.... Daripada kegagalan la kita akan berjaya.... Kita sesungguhnya insan yang masih belajar untuk berjalan dengan betul dan kadang-kadang kita terjatuh dan bila kita telah jatuh janganlah kita menggangap kita ialah insan yang gagal... Apa yang kita harus lalukan ialah terus bangun dan bangkit....

Dan.... disinilah aku.... Masih menyambung pelajaran aku sambil menjalani Latihan Industri dengan keizinan Dekan UiTM.... Menjalani praktikal di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau lebih dikenali sebagai KEJORA yang berdekatan dengan Kolej.... Praktikal bersama teman seangkatan Adah..... =)

1 comment: